Monday 11 May 2009

Kenapa boleh jadi begini - politik Perak?

Hari pertama minggu ini, setelah kepenatan dengan urusan kelauarga di hujung minggu, melayari suratkhabar tanah air, dengan harapan dapat berita yang menyuntik semangat dan harapan. Setelah sekian lama di jamu dengan berita memualkan politik tanahair. Saban hari bergaduh kuasa, baik diantara parti pemerintah dengan pembangkang ataupun, sesama sendiri didalam parti. Memang susah mungkin menjadi ahli politik ni ... duduk diluar gelanggang yang sentiasa bergelora dan sekarang ini adakalanya sehingga ke tahap tsunami.


Minggu lepas dipadati dengan kekecohan Perak. Sebelum itu, Terengganu. P. Pinang pun tidak kurang hebatnya dengan kisah timbalan menteri besar. Selangor, Kedah, Kelantan kekadang tercuit jugak. Lain-lain, mungkin menunggu masa sahaja. Masing2 seolah sedang memmegang bom jangka saja. Ledakannya mungkin lebih serius dari selsema babi yang segang menggugat keselesaan dunia seluruhnya.


Cuba lihat perkembangan di Perak ni. Kerusi menteri besar tu yang sememangnya panas (mungkin dibuat dari perak!) menjadi lebih panaslah hari ini dengan keputusan mahkamah tinggi mengesahkan Dato' Nizar sebagai MB yg sah. Bayangkan baru minggu lepas MB (baru) bergelut dengan 'pembangkang' untuk memastikan Speaker lama turut dilucurkan jawatan, hati ini mahkamah tinggi memutuskan MB pakatan adlah tetap sah sebagai MB. Pening betul dibuatnya. Mari kita baca 2 keratan akhbar pergana , berita harian pada minggu lepas dan hari ini.



Berita I:
Kecoh di DUN Perak jejas imej negara


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan pembangkang yang mencetuskan kekecohan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kelmarin kerana ia jelas tidak menghormati undang-undang serta memburukkan imej Malaysia. Perdana Menteri berkata, kejadian itu amat memalukan negara kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat, bertindak untuk membelakangkan undang-undang. "Kalau kita tidak menghormati peraturan dan prinsip undang-undang, maka akan berlaku keadaan yang mirip undang-undang rimba dalam negara ini. Ini sudah tentu perkembangan yang tragik dan memalukan kita.

"Ia memalukan imej Malaysia sebagai negara mengamalkan demokrasi yang matang," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pencapaian 10 tahun Muzium Kesenian Islam Malaysia, di sini, semalam. Najib mengulas kekecohan yang berlaku pada mesyuarat pertama DUN Perak kelmarin berikutan sikap bekas Speaker, V Sivakumar, enggan berganjak daripada kerusinya selepas dewan meluluskan usul memecatnya. Najib berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana demokrasi di Malaysia diamalkan adalah dengan menghormati tatasusila dan prinsip berasaskan kepada peraturan dan undang-undang.

"Kalau kita tidak suka apa-apa pun, kita tak boleh menekan pendirian kita sehingga menafikan hak orang lain. Masing-masing ada hak, kerajaan ada hak, pembangkang ada hak. "Tujuan kita mewujudkan peraturan dan undang-undang ialah untuk menentukan bahawa sistem demokrasi di Malaysia ini berjalan dengan lancar dan dengan tertib," katanya. Perdana Menteri menafikan kekecohan itu berpunca daripada sikap Barisan Nasional (BN) yang tidak mengikut perlembagaan selepas tiga Adun pembangkang keluar parti menjadi Adun bebas dan menyokong BN. "Apa yang dimaksudkan dengan tidak berperlembagaan itu? Menukar parti perkara biasa dalam sistem demokrasi berparlimen dan ia pernah dilakukan Winston Churchill (bekas Perdana Menteri Britain) dan yang terbaru di Amerika Syarikat, senator Republikan bertukar menjadi Demokrat.

"Ia tidak salah dan bukannya tidak berperlembagaan atau tidak sah. Jangan lupa bahawa ada usaha untuk tubuhkan kerajaan pada 16 September lalu dengan menggunakan prinsip dan kaedah yang sama iaitu cuba memujuk 31 ahli Parlimen BN menukar parti. "Apakah itu bukan perbuatan yang boleh menimbulkan pertikaian. Jadi kalau kita anggap perkara itu boleh dilakukan, kenapa tidak tiga Adun yang menyokong BN," katanya. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kelakuan yang ditunjukkan Adun dari Pakatan Rakyat ketika sidang DUN kelmarin jelas menunjukkan mereka tidak menghormati Institusi Raja dan demokrasi di negara ini. Beliau berkata, kelakuan mereka itu bukan budaya rakyat Malaysia dan bimbang ia ia akan menjadi 'trend' pembangkang selepas ini. "Ini bukan pertama kali pembangkang membuat kecoh di Perak tetapi kejadian kelmarin itu adalah yang terburuk. Kelakuan mereka itu jelas tidak menghormati Pemangku Raja Perak (Raja Dr Nazrin Shah) yang terpaksa menunggu lebih lima jam," katanya. Beliau berkata, sebagai Adun yang dilantik rakyat, mereka perlu mengawal emosi dalam apa juga keadaan sambil menegaskan tindakan polis membawa keluar Sivakumar dari dewan, adalah atas arahan Bentara DUN berikutan kekecohan yang tidak lagi dapat dikawal.



Berita II:

Mahkamah putuskan MB Perak (Nizar) sah hari ini


Oleh Norhashimah Mohd Radzali norhashimah@bharian.com.my

Perundangan selesai kemelut berpanjangan sejak 3 bulan KUALA LUMPUR: Persoalan siapakah Menteri Besar Perak yang sah antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. Keputusan itu akan dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada jam 2.30 petang ini, berikutan semakan kehakiman dikemukakan Mohammad Nizar bagi mendapat perisytiharan mahkamah beliau masih Menteri Besar Perak sah. Ia adalah keputusan amat dinanti-nantikan seluruh rakyat negara ini bagi mengakhiri kemelut politik negeri Perak yang berlarutan sejak tiga bulan lalu.

Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan di Mahkamah Rayuan. Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.


Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu. Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan jika:
· Menteri Besar sudah memberi nasihat kepada Sultan supaya membubarkan DUN.
· Tidak berlaku pembubaran DUN.
· Tidak ada undi tidak percaya terhadapnya di persidangan DUN, dan
· Tidak berlaku peletakan jawatan oleh beliau.


Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi PR. Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi Adun Bebas serta menyokong BN. Sepanjang prosiding empat hari bermula 4 Mei lalu, Mohammad Nizar memberitahu mahkamah beliau tidak memohon Sultan Perak membubarkan DUN atas alasan beliau sudah kehilangan kepercayaan majoriti Adun. Beliau menafikan kehilangan kepercayaan majoriti sebagai Menteri Besar oleh Adun ketika pertemuannya dengan Sultan Azlan Shah bagi berbincang berhubung krisis politik Perak pada jam 5 petang, 4 Februari lalu. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang bertindak sebagai pencelah dalam semakan kehakiman itu, berhujah Sultan tidak memecat Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau tersingkir daripada jawatan itu mengikut Perkara 16(6) UTKP apabila beliau kehilangan kepercayaan majoriti Adun Perak. Sehubungan itu, beliau berhujah Sultan mematuhi Perlembagaan Perak dan sudah menimbang dengan teliti semua fakta serta perkembangan sebelum membuat perisytiharan BN mempunyai majoriti dalam DUN Perak pada 5 Februari lalu. Peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah pula berhujah pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak tidak dibuat mengikut perlembagaan.

Thursday 7 May 2009

Adhab - An element of a civilised nation

Sebenarnya saya sedang mencari maklumat untuk penulisan akademik, dan terpandang lalu terbaca artikel menarik di bawah. Sedang membaca artikel berkenaan, saya teringat pula rungutan suami minggu lepas selepas solat Jumaat di salah sebuah masjid di bandar Cardiff ini. Memandangkan sebuah lagi masjid utama sedang dibina semula, masjid ini telah menjadi tumpuan sebilangan besar warga Muslim dari pelbagai bangsa. Sebahagian besar ahli jemaah katanya memang dari Timur Tengah (negara-negara Arablah tu!).

Apa yang menjadi isu disini?

Walau kita sering diingat supaya menilai Islam menerusi hakikat Islam tetapi telah menjadi fitrah manusi untuk menilai Islam melalui pengamalnya. Sebab itu timbul suatu kaedah berdakwah secara berhikmah ... lantas apa yang telah berlaku pada hari Jumaat itu?

Disebabkan ramainya para jemaah, lantas ada diantara para jemaah yang terpaksa mendirikan solat di atas jalanraya beralaskan jaket sahaja. Walaupun jalan berkenaan adalah laluan utama, kesediaan orang awam memberi laluan untuk solat patut dihargai. Mereka juga mungkin kagum melihat kesatuan umat Islam dalam mematuhi perintah Pencipta melalui ketertiban mendirikan solat Jumaat. Namun apa yang mengecewakan sepantas kilat mereka telah juga dijamu dengan tindakan yang tidak patut oleh sebilangan besar jamaah. Selesai solat...mereka berbincang (mungkin berborak!) di atas jalan tanpa menghiraukan kenderaan yang hendak lalu. Apalah salahnya kalau pergi ke tepi jalan. Ini kenderaan pula yang terpaksa berhenti!!! Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah orang, tapi saya berpendapat inilah yang dikatakan adhab. Kepantasan menilai sesuatu tindakan secara rasional dan menepati nilai-nilai murni Islam.

Penulisan dibawah ini memberi sedikit peringatan kepada kita tentang kepentingan adhab.





Ihsan dari laman web IKIM (7/4/2009)


There Is No Greater Inheritance Than Adab


Suzalie Bin Mohamad

Fellow

07/04/2009


It has been narrated by many scholars of Islam that if parents have any inheritance, there is no greater inheritance than Adab. Al-Walid ibn Numayr said that he heard his father say ‘righteousness is (a gift) from Allah, but Adab (right conduct) is from parents".


Adab plays an important role in society. The actions of members in society are considered immoral or bad if they lack manners. Indeed, having good manners and doing few good deeds are better by far than doing many good deeds and having no or little manners.


Adab is central to the teachings of Islam. Due to the great importance of Adab in everyday life, Imam Bukhari separated the discussion on Adab in a special book entitled al-Adab al-Mufrad. If one were to survey the books of Hadith, one would discover that each have chapters on Adab.


The narrators of Hadith have reserved special elaboration for Adab in their books. For instance;
1. The Muwatta' of Imam Malik: The book of good behaviour 2. The Sahih of al-Bukhari: The book of manners3. The Sahih of Muslim: The book of duties, ties of kinship and manners4. The Sunan of Abu Dawud: The book of manners5. The Sunan of al-Tirmidhi: The book of manners, and the book of duties and ties of kinship6. The Sunan of Ibn Majah: A Chapter on manners.


Adab can be taught. We learn by example. Therefore, it is crucial that we encourage good habits and deeds, although bad habits are perhaps the easier to acquire. Knowledge alone is insufficient to build a sound and balanced personality. What use is knowledge to us without exemplifying those mannerisms and etiquette that really define us as Muslims? A Muslim scholar mentioned that "knowledge without Adab is like fire without wood, and Adab without knowledge is like a spirit without a body".


Suffice it to say that Adab is acquired naturally, it is not really taught or learnt, but is naturally developed. Children learn Adab from their parents, students from their teachers, the less experienced from the experienced. One may have knowledge but lacks ‘Adab'; and one may have Adab but lacks knowledge; however without Adab, one cannot know which knowledge is more prior.


Today it is painfully obvious that material gain regardless of how it is acquired, has taken priority over virtue. The spiritual development of humanity has fallen far behind its intellectual growth. It would seem that looking back through history, our greatest search for knowledge has been for the knowledge of destruction, and our greatest discoveries are the result of an all-encompassing drive for power.


The destruction and violence of war is obvious. At the touch of a button millions of people die, whole cities are destroyed, and poisons remain to defile our earth for all generations to come. I wonder, if we were to or must struggle and fight among ourselves, could we return to a less sophisticated time when the battlefield was filled only with the screams of soldiers killing soldiers? War is only a word to much of a modern society. Removed by technology, many have never seen the pain in the eyes of a starving child chewing at his or her dead mother's breast. All these are the result of a loss of Adab.


Far worse is that in our daily lives there is an insidious violence, although, perhaps not quite as obvious, one that is just as surely affecting our consciousness and destroying our world. Let us take for example, the modern lifestyle. Sanitation departments and waste disposal systems are overburdened with waste that cannot be disposed of. In addition to this, the requirements for hospital beds and mental institutions are increasing at an alarming rate as our minds succumb to the pressures of insecurity and the stress of modern life. Greed, intolerance, irresponsibility and thinking only for personal economy and comfort seem to be the rule of thumb today. Humanity has become a global parasite, robbing the earth of its richness and rewarding it with poisons. We have created an economic dead end due to our selfishness.


Why is it difficult to control our egos? You cannot touch the ego, you cannot see it. It has no concrete form. Some say one cannot control the ego because the ego is an illusion. But one's actions are manifestation of that ego. We can observe our actions and behaviours, and we can control our actions.


We must set an example through our actions. We must not allow ourselves to become controlled and consumed by power struggle and political conflict which expose us to fear, selfishness and blind following. If one is staunchly selfish, one cannot be free. If one embraces righteousness, such that the embrace is one of fanaticism, zealousness, and extremism, then one cannot extend ones hand to another in friendship. I remember reading the advice of a martial arts master to his students.


The master said,
"You must learn the freedom of no desires. If you grab water or air, the essence will escape. If you want to drink, you must cup your hands lightly. If you want o breathe, you must first open you mouth to exhaust the old air. If I give you gold and you grab it as tightly as you can, fearing its escape, you cannot touch the diamond that I offer".


Lying, hypocrisy, oppression, selfishness, and other vices are all detrimental to human happiness and perfection. In fact, casting all virtues aside contributes to the social disasters and untold misery in society.


A society without Adab will perish. For this reason previous great civilizations were destroyed because they were bankrupt of Adab. Thus, it is imperative that those with no Adab are given a serious lesson lest they destroy those virtues that Allah has bestowed upon us. Those people, if not handled in a proper manner, will destroy civilization.


There is a Malay poem which refers to this condition;
"Seandainya terdapat seribu orang yang membina yang disusuli dengan seorang meruntuh, itu sudah cukup untuk meruntuhkannya. Bagaimana pula jika hanya terdapat seorang yang membina tetapi terdapat seribu orang yang meruntuhkannya?".