Thursday 16 September 2010

Tiga bulan di tanahair (April-Jun 2010)






Tujuan utama balik ke tanahair ialah untuk urusan pengajian, lebih tepatnya ialah urusan pengumpulan data. Memang dah ada dalam rangkakerja pengajian, cuma bila nak balik yang bergantung pada jadual kerja...orang selalu tanya sebab apalah nak cari data kat Malaysia, lepas tu kena tinggal family di Cardiff, bukan sekejap 3 bulan...kadang2 goyang juga dibuatnya...selamba aje jawapannya...dah banyak duit gomen abih...buatlah sesuatu yang dapat menyumbang kepada negara!

Dengan jawapan itu sebenarnya besar impaknya terhadap skop dan tajuk pengajian. Explorasi! Maka kenalah mencari maklumat ke seluruh tanahair, dari utara ke selatan, barat ke timur bahkan menyeberang Laut China Selatan. Sendirian bertemankan rawakkal 'ala Allah. Perit! Berlakulah proses penagihan simpati dari pegawai-pegawai yang ada maklumat yang di kehendaki. Mereka bukan tidak mahu menolong tapi...memang depa ssssibuk. Alhamdulillah dan terimakasih atas kesudian semua yang meluangkan masa untuk ditemubual walau kadang-kadang kena drive up and down the towns, tunggu kat pintu ofis seawal 7 pagi....alhamdulillah...insya Allah kita akan kongsi maklumat ini nanti.

Gambar-gambar di atas adalah sebahagian dari tempat-tempat yang di 'serbu' untuk tujuan 'pencarian maklumat'.