Showing posts with label Perkembangan anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan anak-anak. Show all posts

Friday, 5 November 2010

Elder kids and Charity Week

'Mak, somebody asked me to coordinate a charity week at Cathays High',one day my eldest daughter prompted me with that statement. 'that's good for you, good exposure!' my husband intervened our coming-back school chatting. In most cases, I would be normally the first person to respond to the children's issues, but not this time. Back in my mind...it's a big event and she never had the experience to lead... as followers, she's good in that. Though, I consider her to be the most vocal and expressive as compared to the other three of my elder kids, even to us sometimes...


Indeed, it's going to be a good exposure for her and the other two as well. Furthermore, this is the first time their school is participating in such an event. So, more work need to be done by her and her team. Fortunately, there'll be some help and assistance from her seniors who had such kind of experience. On top of that Islamic Relief Cardiff is willing to provide some guidance and help as well. So, eventually, their collections will be going to orphans - a relief programme by the Islamic Relief.



There you are...this week is the Charity Week in their school. I wasn't that aware though my facebook has been flooded with messages of Charity Week in Cardiff University. I wasn't sure myself if it is a coincidence.They were very excited sharing their experience at school with us especially my eldest as she's the coordinator. So, it seemed that everything went well and the support from her friends and teachers are very encouraging. Nothing great, I would say in terms of the activities. Simply cake sales, fancy dress, legged walks, sponsored silence, sports and makeovers for the girls...but what I do admire most are their spirit and commitments, regardless of who they are. All activities are carried out during lunchtime only and few after school, which mean their normal school activities are not interrupted. And yet they managed to collect in total of £500++ for the week, which means £100 per day. On average, I would say every pupil and staff contributes at least 50p a day for the charity event. Well done!

And I believe this must be one of the most unforgettable memories during her time here. She simply enjoy doing it. Another big thumb up from me! Hope this will give her and the other two an opportunity to see the new perspective of life and be forever with all of you!

Monday, 1 November 2010

Dunia Hafiz - Dinosaur


Kami sendiri tidak sedar bila minat Hafiz terhadap dinosaur bermula. Tapi yang pasti setelah kami berulangkali 'shopping' di CBS (Car Boot Sales). Setiap kali terjumpa apa jua barangan yang berkait dengan dinosaur, memang dia tidak akan berganjak sehinggalah kita beli untuknya. Sehingga kekadang saya pun merungut...'bukan ke dah ada kat rumah?'...'No, that's different, this is xxxsaurus (saya memang tak ingat dan kurang minat makhluk ini!. Dalam hati...'mujurlah di CBS!


Minatnya telah memaksa kami sekeluarga mengambil tahu mengenai makhluk purba ini. Hafiz mempunya koleksi dari sekecil-kecil dino sehingga sebesarnya. Kami pun menjadi sentiasa sensitif dengan apa saja berkait dengan makhluk dinosaur ni... terutama bila pergi ke CBS... akan menjadi salah satu barangan yang dibeli.... baik patung, majalah ataupun buku-buku mengenai dinosaur. Ditambah lagi dengan minatnya suka membaca, Hafiz boleh mengingat nama-nama dinosaur yang bukan sikit! Kalau program TV berkait dengan dinosaur ada... jangan harap orang lain boleh tengok program mereka. Di komputer, youtube dinosaur jadi pilihan dia... Muizlah menjadi peneman setia Hafiz!

Mujurlah, semua abang dan kakak-kakak dia boleh tolerate... kenalah mereka meredah Dinosaur Park di Swansea, muzium dinosaur di Oxford University serta Natural History Museum di London hanya semata-mata kerana dunia Hafiz! Tapi sekurang-kurangnya sekarang kami dah aware jugaklah dengan mahkluk dinosaur ni!

Sunday, 31 October 2010

Muiz sudah di Reception Year


September 2010...Muiz sudah melangkah ke Reception Year. Ini bermakna dia sudah diiktiraf sebagai pelajar sepenuh masa sekolahnya. Pembelajaran hariannya bermula pukul 9am hingga 3pm (6 jam). Lamanya kan? Memang lama, tapi alhamdulillah setakat ini dia belum lagi bosan untuk kesekolah setiap pagi cuma dia sering menyebut-nyebut guru dia semasa di nursery tahun lalu. Tentu ada yang istimewa pada Mrs Davies ni...yang pasti untuk menambat hati anak-anak kecil, guru kenalah seorang yang caring...sehinggakan menjadikan seorang anak kecil seusia 3 tahun rasa selamat di bawah asuhannya! Aktiviti Nursery lebih untuk mengajar anak-anak membawa (handle) diri seperti belajar bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Di bawah ni gambar Muiz semasa masih dalam Nursery.




Sekarang semasa dalam tahun Reception, dia mula belajar mengenal huruf dan nombor. Setiap hijung minggu dapat 'book bag'. Guru akan membekalkan dengan buku cerita tanpa tulisan. Ibubapa perlu bersama anak bercerita berdasarkan gambar. Tujuan proses ini adalah untuk membina 'vocabulary' anak. Setakat ni memang Muiz sangat teruja dengan aktivit ini. Berulang-ulang dia minta untuk bercerita bersama. Cuma Muiz masih belum begitu mengenali huruf dan nombor. Ini cabaran baru untuk saya. Seperti sekolah-sekolah di tanahair disini mereka guna sistem phonic. Hai... zaman saya dulu guna sistem mengeja...anak-anak yang terdahulu lebih banyak di ajar oleh guru-guru di tadika mereka. Hafiz pulak, memand minat semulajadinya 'membuku', jadi dia tak perlu sangat bimbingan kami. Saya pun cuba melayari internet dan youtube... wah banyak sungguh resources... dan yang ini agak menarik http://www.starfall.com/n/level-k/index/load.htm?f. Cubalah... Anak-anak zaman sekarang memang suka belajar guna ICT dan it helps parents a lot. Dia seperti biasa suka aktiviti lasak....

Wednesday, 29 April 2009

Pengalaman Muiz II





Sepertimana ibubapa lain disini, kami mendaftarkan Muiz untuk memulakan alam persekolahan sebaik sahaja dia melangkah usia 3 tahun. Alhamdulillah juga, ada kekosongan di sekolah yang berhampiran dan sekaligus sekolah abangnya, Hafiz. Cuma yang masih merisaukan kami ketika itu ialah Muiz masih memakai lampin pakai buang! Pengalaman rakan disini mengenai kengganan sekolah menerima anak-anak yang memakai lampin agak merisaukan ... maknanya kami perlu melatih Muiz tanpa lampin atau istilah disini 'potty training'. Kami cuba berbincang dengan health visitor ... alhamdulillah ada sistem sokongan disini.

Mungkin sesuatu yang pelik bagi orang lain, betapa kami yang punya anak lima masih teragak-agak dalam urusan 'kecil' ini. Di Malaysia, urusan sebegini banyak dibantu oleh baby sitter atau bonda dan kekanda, disini kami mengadu pada yang boleh diadukan ... betapa mereka tidak memilih 'siapa' yang perlu dibantu. Apa yang menjadi faktor kerisauan kami ialah cuaca yang sejuk, rumah yang dilambaki dengan karpet dan situasi Muiz yang belum petah berbicara! Akan tetapi sistem sokongan disini membuat kami lebih konfiden. Anak-anak lebih mudah menerima arahan sekiranya arahanitu tidak mengelirukan anak-anak. Umpamanya kalau kita sudah sepakat tidak mahu dia memakai lampin, jangan sesekali dipakaikan lampin kecuali diwaktu malam tanpa disedarinya ... kami dilawati 3 kali oleh health worker untuk tujuan potty training ini. Cathy memang dedikasi dan komited terhadap tugasnya!


Muiz juga dibawa ke kelas 'Language and Play' untuk anak-anak dibawah empat tahun. Saya sentiasa teruja dengan approach sistem pendidikan anak-anak disini sejak dari kelahiran sehingga 11 tahun. Mereka menggunakan approach 'learning through playing' dan seringkali ditekankan kebebasan dan kreativiti anak-anak melalui seni. Anak-anak pastinya gembira bila melakukan aktiviti sebegini dan apa yang penting setiap aktiviti akan di sertai dengan rasionalnya ... semudah kenapa apabila ingin menyuapi anak, si ibu turut menyicip makanan si anak didepannya? sebab si anak akan 'meniru' apa jua aktiviti si ibu ...bukankah ibu ayah cermin si anak. Kita secara umum menerima idiom seumpama itu ..tetapi selalu lupa bagaimana implementasinya. Kita selalu mengaitkan dengan isu-isu besar seperti kalau ibu ayah tidak solat bagaimana anak patuh untuk solat .... benar! Tetapi banyak lagi cabang perkembangan anak-anak yang menggunakan prinsip itu dilupa atau dilekeh oleh kita, para ibubapa. Umpamanya ibubapa sering mendengus kenapa si anak tidak makan buah atau sayur ... cuba fikirkan bagaimana mahu si anak makan buah atau sayur? Sesekali bawalah si anak ke pasaraya memilih sendiri buah atau sayur kegemarannya ... biar dia yang memotong dan memasak! Pasti dia akan makan sayur itu! Jadi, janganlah kita kecewa bila anak-anak tidak menyicip pun sayur lemak pedas kegemaran kita, kerana mereka juga punya citarasa yang tidak salah!

Belajar melalui bermain? Salahkah anak-anak bermain? Bukankah itu dunia mereka? Cuba kita perhatikan setiap langkah anak-anak bermain ... pasti mereka belajar sesuatu dari permainan itu. Ibu bapa sewajarnya menilai aktiviti permainan anak-anak dari sudut perkembangan anak-anak, baik fizikal ataupun mental. Memang saya tidak menyanggah penatnya melayan anak-anak bermain, lagipula kalau yang punya anak aktif seperti Muiz. Tetapi selagi minda mereka berfungsi selagi itu, anak-anak akan menggerakkan fizikal mereka dan itulah yang dikatakan 'bermain'. Cara anak-anak 'melayan' gerak fizikal mereka itu sebenarnya melahirkan kepantasan minda mereka. Kalau anda duduk sebentar memerhati si anak bermain, saya pasti anda akan teruja dengan koordinasi fizikal dan mental mereka. Mereka akan menjadi kreatif dan akhirnya produktif! Jangan kongkong aktiviti yang menjadi fitrah mereka.
Pengalaman bersama Muiz di sini sering menggugah kami dalam mendidik anak-anak. Peluang membesarkan Muiz di sini melalui aktiviti komuniti membuat kami teruja dengan pendidikan anak-anak. Buat anak-anakku yang telah melewati usia ini, bonda mohon maaf kalau ada kecelaruan dalam mendidik kalian. Moga kalian tidak mengulanginya dalam mendidik generasi akan datang.


Tuesday, 31 March 2009

Pengalaman Muiz I


Hari ini kami sekali lagi dilawati oleh pekerja kesihatan (health worker) yang mesra bernama Cathy. Ini adalah susulan lawatan pelawat kesihatan (health visitor) pada minggu lepas. Kedua-dua lawatan ini adalah berkait dengan perkembangan anak bongsu kami, Muiz, yang berumur 3 tahun. Memang menjadi kebiasaan disini untuk dilawati oleh salah seorang dari mereka untuk memantau perkembangan anak-anak dibawah 4 tahun. Dan bukan itu yang menjadi bicara saya disini sebab di Malaysia lawatan sebegini juga ada (walaupun saya tidak pernah dilawati dengan anak seramai lima orang!)

Apa yang ingin dikongsi ialah kemantapan support system untuk anak-anak seawal dari kelahiran lagi. Saya juga tidak mahu berbicara secara umum tetapi lebih menjurus kepada pengalaman kami yang sedikit di bandar Cardiff ini dan lebih berkait dengan pengalaman kami bersama Muiz sejak setahun yang lalu.  

Tidak lama selepas kami mendaftar dan membuat pemeriksaan di GP, kami dilawati oleh seorang health visitor (HV). Pada masa itu, usia Muiz hampir dua tahun. Bicara mengenai perkembangannya, tiada apa yang merisaukan kami. Dia adalah anak kami yang paling aktif sejak di dalam kandungan lagi. Sejak saya mengandung tujuh bulan, terasa seperti  nak melahirkan sehingga terpaksa mengambil ubat. Dia memang bayi yang punya tulang 'kuat' dan dalam usia seminggu sudah mahu mengangkat kepala! Secara ringkasnya, gerak tubuh tidak merisaukan kami cuma dia agak lewat bercakap. Ini bandingan kami dengan anak-anak yang terdahulu.

Kami suarakan kepada HV dan dirujuk kepada speech therapist (ST). Dua bulan selepas itu, kami diminta untuk membawa Muiz berjumpa speech therapist. Ujian utama untuk masalah sebegini ialah ujian pendengaran dan alhamdulillah tiada masalah dari segi pendengarannya. Cuma apa yang ditekankan oleh ST ialah gunalah bahasa ibunda bila bercakap dengan anak-anak. Itulah bahasa lidahnya! Kami terpana sebab ingatkan penggunaan bahasa Inggeris digalakkan memandangkan Muiz akan juga kesekolah disini. Kami risau dia akan menghadapi masalah komunikasi!

Menurut pengamatan ST melalui perbualan dengan kami, Muiz lebih kepada masalah kecelaruan bahasa. Kami menggunakan dwi bahasa yang membuatkan dia bingung dan sekitarannya pula bahasa Inggeris.  Perkara ini memang perkara biasa untuk anak-anak sebab mode utama anak-anak belajar bercakap ialah melalui 'peniruan' atau 'imitation'. Maka ibubapa atau sesiapa yang bercakap dengan anak-anak perlu menggunakan bahasa yang sama supaya anak-anak tidak celaru!

Kemudian lagi, ibubapa memang perlu banyak bercakap dengan anak-anak. Jangan senang hati bila anak-anak duduk didepan TV atau bermain sendirian. Mereka belajar melalui komunikasi. Lebih banyak kita berkomunikasi, lebih banyak bergerak mindanya! Muiz mungkin tidak begitu bernasib baik dalam hal ini. Walaupun dia tidak dihantar ke nurseri atau babysitter seperti abang2 dan kakak2nya, dia tidak banyak berkomunikasi dengan kami! Saya sibuk dengan urusan belajar dan sering duduk di u sehingga lewat. Ayahnya pula kekadang agak senang hatibila  Muiz setia didepan TV dan membuat aktiviti lasak. Lantas komunikasi kami terbatas ... dia tiada aktiviti 'peniruan' dari kami.

Kerisauan kami bukanlah suatu yang luarbiasa tetapi sokongan yang kami dapat dari sistem di sini sangat baik. Pada awalnya, adakalanya kerisauan kami memuncak ... yelah dah hampir 3 tahun tapi belum 'bertih' tuturnya, tetapi setiap kali kami mengadu mengenai perkembangan Muiz, kami sering diingatkan yang dia tiada apa-apa masalah dan jangan sesekali bandingkan anak-anak! 

Apa yang ingin dikongsikan disini ialah mengenai komunikasi serta perbandingan anak-anak. Kita sebagai ibubapa kekadang terleka dari berkomunikasi dengan anak-anak kecil. Mereka juga perlukan kita! serta cuba jauhkan membandingkan perkembangan anak-anak kita. Setiap dari mereka mempunyai kelebihan dan kepantasan masing-masing. 

Muizku memang pintar!