Seperti biasa, antara itinery pagi sesampai di 'pejabat' Cardiff University ialah baca emel dan rangkaiannya 'mukabuku'. Hmmm... tak ada emel yang menarik! Pun begitu dalam 'mukabuku'. Posting biasa...next item is newspaper scanning. Huh! menarik juga bila bukak The Guardian online. Baru saya teringat semalam (3 Nov) midterm election in US. Apalah nasib Barrack Obama? Apa sudah jadi pun di seberang sana pun tahu, kita hanya melihat dari jauh. Republican dah took over the House of Representatives (macam Parlimen di Malaysia!) tetapi parti Obama (Demokrat) masih mengusai House of Senate. Menarik! Tapi mesti pening untuk Obama dan yang pastinya bakal memberi kesan keatas pentadbiran US. Apa-apa usul/bill/legislation pun perlukan approval from both houses. Antara kesan yang dijangkakan akibat 'angin baru' ini ialah reformasi ekonomi US bakal tergendala dan mungkin kesannya akan di rasai oleh sekutu-sekutu US (semua oranglah tu!)sekurang-kurangnya sehingga 2012 iaitu tahun penentu Obama sebagai presiden. Yelah dah kalau 2 kepala dalam tu, bukan senang nak dapat mutual agreement on critical government issues. Apa-apapun ini pengajaran untuk Obama, orang kata wake-up call that the public should not be underestimated in any decision.
Indeed, it has never been easy for any shared/coalition government to manouvre the state administration. As simple as each party must have its own principles, priorities, mission and not least to mention is its political direction. Bercakaplah atau berjanji apapun masa berkempen...bila dah form government...hampeh! (Sorry to use this word!)The tolerance of the parties within the coalition government will always be sceptical. To what extent each of them would be willing to give up their principles as they have their own political milestones. Being a political entity, you could never put aside that from your main priorities, politics. The present British Conservative/LibDem coalition government is experiencing this. In putting up policies that thought to be of their best interest to the public, instead result to confusing priorities and thus perceived as ridiculuos by the public.
Not to mention the so-called longstanding of our National Front (Barisan Nasional, the bond among the parties within the coalition is just so fragile...on the tip of the horn (macam telur di hujung tanduk!). Memang selalu dinafikan oleh pemimpin tapi rasanya rakyat taklah sebodoh yang disangka... Used to be kept warm under their blanket, but has now started be openly discussed. Panas tu lama-lama bawah selimut yang sama bertahun-tahun!
Pakatan pun begitu juga... I guess the basis of the coalition pun not very clear and in fact the difference in aspiration is just so diverse among them. One is socialist and the other is Islamic based which one would find just impossible to compromise. Not to mention the PKR, which is still not firm in its direction within the Malaysian politic. Sebab tu lah banyak frog-leapping and this situation has jeopardised the trust of the public.
Jangan disangka ber'pakatan' akan memudahkan jalan kedepan...makin kusut mungkin. The process of give and take must be undertaken in a civilised spirit. The extent of compromise need to be seriously thought beforehand. Selalu jugak saya rasa penat membaca janji-janji mereka yang tidak jelas dan membingungkan rakyat jelata. Kesana janji ini dan kesini janji itu. Be steadfast with your aspiration. So much politicking, anyway, does not help the development of the nation and civilisation of the ummah. Maknanya kalau satu katakan satu, kalau Islam katakan Islam. Believe in His promise, one day you'll be in success.
while experiencing a short momentous life here... to be shared now and in future by herself and others who have her in their life...
Thursday, 4 November 2010
Tuesday, 2 November 2010
Cardiff City-Bola-Hafiz
Saya memang bukan peminat apa-apa sukan pun. Baik bolasepak, rugby, golf... kalau ada pun tennis... Mungkin saya tidak di latih untuk berminat dengan apa juga sukan. Pada zaman kanak-kanak, orangtua selalu cakap... daripada nonton/dengar sukan, baiklah pergi kebun, adalah hasil! Kami memang orang susah, setiap waktu dan detik sangat berharga untuk kami, versi moden orang sekarang...'time is money'.
Namun, sebagai tidak menjadikan diri ni buta sangat mengenai perkembangan sukan... adakalanya ambil tahu jugak mengenai sukan, sekurang-kurangnya players yang dikatakan hebat! Sekadar untuk tahu siapa Tiger Wood, David Beckham, Belammy (!!!), sapa lagi ya... Roger Federer, Rafael Nadal, Williams twin.
Dan hujung minggu baru-baru ini dan berlarutan hingga ke minggu ini masyarakat pelajar di Cardiff ini telah diserang oleh demam bola... Alkisahnya, kelab Cardiff City ni dah diambilalih (dibelilah!) oleh tycoon Malaysia, Vincent Tan. Maka di setiap kali perlawanan pun setelah pengambilalihan tu, adalah bendera Malaysia tergantung...tapi tak taulah dalam stadium ada ke tak, tapi yang pasti di gate dan pagar-pagar stadium memang ada.Cuma baru-baru ni Cardiff City bagi tiket free kepada masyarakat pelajar yang berminat untuk menonton perlawanan Cardiff City-Norwich, ini adalah atas inisiatif Sdr Taufiq yang bernegosiasi dengan pengurusan CC.Jangan tak tau, 250 dapat tiket free! Dengan takdir, menanglah pulak! Maka berceritalah segala media di tanahair mengenai kemenangan CC ni... TV3 ada, The Star ada, NST ada... cuba tengok gambar dibawah ni... menarik jugak, pakai baju melayu dan first announcement was in Malay!

Kebetulan, Hafiz pulak di sekolah dah mula dengan dengan football club pada hari ini. Hmmm...mula tendang bola dalam rumah! Mula pulak sebut Tores (betul ke ejaan tu). Hope he merely plays for fun and nothing else.
It was and is still a joke about me talking about football...how idiot they are (players) exhausting themselves just for A ball, where they can have loads outside! What more of the spectators! My kids was saying 'It's too much of your PhD mak!'

Monday, 1 November 2010
Dunia Hafiz - Dinosaur
Kami sendiri tidak sedar bila minat Hafiz terhadap dinosaur bermula. Tapi yang pasti setelah kami berulangkali 'shopping' di CBS (Car Boot Sales). Setiap kali terjumpa apa jua barangan yang berkait dengan dinosaur, memang dia tidak akan berganjak sehinggalah kita beli untuknya. Sehingga kekadang saya pun merungut...'bukan ke dah ada kat rumah?'...'No, that's different, this is xxxsaurus (saya memang tak ingat dan kurang minat makhluk ini!. Dalam hati...'mujurlah di CBS!
Minatnya telah memaksa kami sekeluarga mengambil tahu mengenai makhluk purba ini. Hafiz mempunya koleksi dari sekecil-kecil dino sehingga sebesarnya. Kami pun menjadi sentiasa sensitif dengan apa saja berkait dengan makhluk dinosaur ni... terutama bila pergi ke CBS... akan menjadi salah satu barangan yang dibeli.... baik patung, majalah ataupun buku-buku mengenai dinosaur. Ditambah lagi dengan minatnya suka membaca, Hafiz boleh mengingat nama-nama dinosaur yang bukan sikit! Kalau program TV berkait dengan dinosaur ada... jangan harap orang lain boleh tengok program mereka. Di komputer, youtube dinosaur jadi pilihan dia... Muizlah menjadi peneman setia Hafiz!
Mujurlah, semua abang dan kakak-kakak dia boleh tolerate... kenalah mereka meredah Dinosaur Park di Swansea, muzium dinosaur di Oxford University serta Natural History Museum di London hanya semata-mata kerana dunia Hafiz! Tapi sekurang-kurangnya sekarang kami dah aware jugaklah dengan mahkluk dinosaur ni!
Sunday, 31 October 2010
Muiz sudah di Reception Year

September 2010...Muiz sudah melangkah ke Reception Year. Ini bermakna dia sudah diiktiraf sebagai pelajar sepenuh masa sekolahnya. Pembelajaran hariannya bermula pukul 9am hingga 3pm (6 jam). Lamanya kan? Memang lama, tapi alhamdulillah setakat ini dia belum lagi bosan untuk kesekolah setiap pagi cuma dia sering menyebut-nyebut guru dia semasa di nursery tahun lalu. Tentu ada yang istimewa pada Mrs Davies ni...yang pasti untuk menambat hati anak-anak kecil, guru kenalah seorang yang caring...sehinggakan menjadikan seorang anak kecil seusia 3 tahun rasa selamat di bawah asuhannya! Aktiviti Nursery lebih untuk mengajar anak-anak membawa (handle) diri seperti belajar bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya. Di bawah ni gambar Muiz semasa masih dalam Nursery.

Sekarang semasa dalam tahun Reception, dia mula belajar mengenal huruf dan nombor. Setiap hijung minggu dapat 'book bag'. Guru akan membekalkan dengan buku cerita tanpa tulisan. Ibubapa perlu bersama anak bercerita berdasarkan gambar. Tujuan proses ini adalah untuk membina 'vocabulary' anak. Setakat ni memang Muiz sangat teruja dengan aktivit ini. Berulang-ulang dia minta untuk bercerita bersama. Cuma Muiz masih belum begitu mengenali huruf dan nombor. Ini cabaran baru untuk saya. Seperti sekolah-sekolah di tanahair disini mereka guna sistem phonic. Hai... zaman saya dulu guna sistem mengeja...anak-anak yang terdahulu lebih banyak di ajar oleh guru-guru di tadika mereka. Hafiz pulak, memand minat semulajadinya 'membuku', jadi dia tak perlu sangat bimbingan kami. Saya pun cuba melayari internet dan youtube... wah banyak sungguh resources... dan yang ini agak menarik http://www.starfall.com/n/level-k/index/load.htm?f. Cubalah... Anak-anak zaman sekarang memang suka belajar guna ICT dan it helps parents a lot. Dia seperti biasa suka aktiviti lasak....
Thursday, 16 September 2010
Tiga bulan di tanahair (April-Jun 2010)

Tujuan utama balik ke tanahair ialah untuk urusan pengajian, lebih tepatnya ialah urusan pengumpulan data. Memang dah ada dalam rangkakerja pengajian, cuma bila nak balik yang bergantung pada jadual kerja...orang selalu tanya sebab apalah nak cari data kat Malaysia, lepas tu kena tinggal family di Cardiff, bukan sekejap 3 bulan...kadang2 goyang juga dibuatnya...selamba aje jawapannya...dah banyak duit gomen abih...buatlah sesuatu yang dapat menyumbang kepada negara!
Dengan jawapan itu sebenarnya besar impaknya terhadap skop dan tajuk pengajian. Explorasi! Maka kenalah mencari maklumat ke seluruh tanahair, dari utara ke selatan, barat ke timur bahkan menyeberang Laut China Selatan. Sendirian bertemankan rawakkal 'ala Allah. Perit! Berlakulah proses penagihan simpati dari pegawai-pegawai yang ada maklumat yang di kehendaki. Mereka bukan tidak mahu menolong tapi...memang depa ssssibuk. Alhamdulillah dan terimakasih atas kesudian semua yang meluangkan masa untuk ditemubual walau kadang-kadang kena drive up and down the towns, tunggu kat pintu ofis seawal 7 pagi....alhamdulillah...insya Allah kita akan kongsi maklumat ini nanti.
Gambar-gambar di atas adalah sebahagian dari tempat-tempat yang di 'serbu' untuk tujuan 'pencarian maklumat'.
Thursday, 3 June 2010
Tak salah suami membantu isteri
Pertamanya saya ucapkan terimakasih kepada seorang sahabat yang ‘post’kan rencana ini di dalam Facebook beliau. Mungkin tak ramai yang membacanya, samada tak berkaitan atau tak perasan atau tak berminat atau apa jua alasannya. Saya tertarik dengan artikel ini yang secara kebetulannya ia sangat relevan dengan kehidupan peribadi saya. Saya seorang isteri dan ibu yang bekerja dan tambahan pula pada masa artikel ini ditulis saya sedang melanjutkan pengajian. Lantas kehadiran seorang suami yang dapat memahami dan menyelami keadaan saya adalah sesuatu yang sangat berharga. Mari kita baca dulu ya……
Men who help with housework have happier marriages
By FIONA MACRAE
Last updated at 11:05 AM on 14th May 2010
Teamwork: Couples are more likely to stay together if the husbands help with chores around the house
Forget boxes of chocolates and romantic weekends away.
The secret to a happy marriage is to roll up your sleeves and help your wife with the housework.
Research shows that unions in which the men muck in with the chores and childcare are more likely to last the course.
And the more elbow grease a man puts in, the lower the odds of him heading to the divorce courts.
The results of the study of thousands of British couples will be music to the ears of millions of women.
Men, however, are likely to be a little less keen on the idea that they should be taking on their share of 'women's work'.
Researchers from the renowned London School of Economics, normally used to dealing with more weighty academic affairs, have turned their minds to the hoovering and washing up.
They tracked the fortunes of 3,500 married couples who had their first child during one week in 1970 - an age when most women with young children stayed at home.
When the children were five years old, the women were asked about how much their husbands did around the house, including helping with housework, childcare and shopping.
Just over half didn't help at all - or only assisted with one task.
A quarter carried out two tasks, and the remaining quarter did three or four, the journal Feminist Economics reports.
Around 7 per cent of the couples had divorced by the time the child was ten, rising to 20 per cent by the youngster's 16th birthday.
Enlarge
When the two pieces of information were crunched together it became clear that the more a man helped out, the more stable his marriage was.
It showed that although divorce became more common when the mother went out to work, this increase could be kept to a minimum by the father pulling his weight around the house.
Researcher Wendy Sigle-Rushton said: 'The results suggest the risk of divorce among working mothers, while greater, is substantially reduced when fathers contribute more to housework and childcare.'
Marriages in which the father stayed at home and took responsibility for the childcare and chores were as stable as those which followed traditional gender roles.
The finding, claimed Dr Sigle-Rushton, exploded the theory that marriages work best when comprised of a stay-at-home mother and a working father.
She added: 'The structure of the labour market, rates of female labour market participation, rates of divorce, and expectations about men's and women's gender roles have all changed considerably since 1975.
'But this study underscores the importance of taking into account relationships between men's behaviour and marital stability.'
Latest figures show that single women put seven hours into housework, while wives and live-in girlfriends do more than 12 hours every week. Men, however, only put in four or five hours a week.
http://www.dailymail.co.uk/news/article-1278137/Divorce-likely-husband-helps-housework.html
Sememangnya sekali membaca tajuk di atas ini, saya seperti bias terhadap diri sendiri ‘memang betul pun, takkan asyik semuanya orang perempuan yang kena buat’ detik hati yang ber’penyakit’. Memang seronok rasanya kalau ada pihak yang menyokong detik hati jahat ini.
Walaubagaimanapun, ada kebenaran dengan apa yang dikaji dan dipaparkan oleh tulisan di atas. Zaman ini menyaksikan seperti sudah satu kemestian seorang wanita, isteri dan ibu turut keluar untuk membantu mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga. Sebenarnya isu isteri turut membantu suami dalam urusan mencari rezeki bukanlah suatu perkara yang baru, ianya sudah diamalkan sejak puluhan tahun dahulu. Isteri-isteri pada zaman ibubapa hatta nenek-datuk kita pun turut turun membanting tulang untuk memenuhi keperluan hidup berkeluarga. Cuma bezanya, dahulu mereka bekerja tidak ada waktu-waktu tertentu atau secara formal seperti kita sekarang dan yang nyata….bayarannya kalau ada tidak selumayan sekarang!
Justeru, saya selalu melihat persetujuan suami membenarkan isteri turut bekerja untuk mencari rezeki sebagai suatu kesepakatan di dalam sebuah institusi keluarga. Si suami sepatutnya melihat kesanggupan seorang isteri menggalas tugas tambahan ini selain dari mengurus rumahtangga dan suami sebagai satu bonus. Seorang isteri pula melihat keizinan suami membenarkan bekerja sebagai satu pengorbanan suami untuk mendapat layanan yang sempurna dari seorang isteri. Andai kesepakatan seumpama ini dapat dicapai, seharusnya semua urusan keluarga diurus bersama-sama oleh suami isteri dari sekecil-kecilnya sehinggalah urusan besar.
Si suami tidak seharusnya berat tulang membantu isteri dalam urusan rumahtangga dan anak-anak apatah lagi sekiranya tiada pembantu rumah. Suami juga tidak seharusnya minta dilayani seperti seorang raja sekembali dari bekerja…seperti kajian di atas…singsinglah baju, bantulah isteri…itulah kebahagiaan untuk si isteri!
Bagi isteri pula, keizinan bekerja dari suami seharusnya di gunakan untuk benar-benar membantu suami memenuhi keperluan keluarga dan anak-anak. Bantulah suami meringankan beban kewangan. Hindarkan diri dari berbelanja untuk kepentingan diri sendiri…walaupun suami tiada hak keatas pendapatan isteri, namun isteri tetap mempunyai ‘hutang’ keizinan dari suami.
Jika suami isteri benar-benar memeterai kesepakatan, sepatutnya tidak timbul isu ego atau ketidaksehaluan dalam urusan rumahtangga. Biarpun mungkin si isteri berpangkat atau berpendapatan lebih tinggi dari suami, kesepakatan yang termeterai tadi menjadikan dia seorang isteri dan ibu yang bertanggungjawab ke atas keluarga. Dia tidak akan merendah-rendahkan keupayaan suami. Sikapnya tidak akan menjadikan suami merasa tercabar dengan kedudukannya. Suami juga tidak seharusnya tercabar dengan kedudukan isteri. Rumahtangga bagi mereka adalah sebuah institusi yang berlainan dengan tempat dan tugas kerja mereka.
Kesepakatan tersebut pula akan lebih kukuh sekiranya disandarkan kepada lunas-lunas Islam. Islam meletakkan tanggungjawab memimpin sebuah keluarga ke atas suami. Dengan ini suami seharusnya melaksanakan tanggungjawabnya yang berat itu dengan sebaik mungkin. Suami perlu melengkapi dirinya dari aspek jasmani, rohani, ilmi dan emosi untuk memimpin sebuah keluarga yang bahagia dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Tidak ketinggalan isteri juga harus bersedia melengkapi diri untuk melaksanakan tugasnya sebagai isteri dan ibu yang dedikasi mendidik anak-anak. Kesepakatan ini, insya Allah akan merealisasikan baiti jannati!

Wednesday, 19 May 2010
Yang anda tulis adalah anda!
Salam kembali…lama sungguh blog ini menagih input…tertangguh dan tertanguh dari sehari ke sehari. Bukan tiada isu yang boleh di bicarakan di dalam blog ini. Sememangnya banyak...tetapi untuk memilih serta mencerna dan seterusnya menampilkannya di sini bukanlah mudah.
Sebenarnya penulisan blog yang positif boleh membawa kepada penajaman pemikiran kerana sesuatu penulisan adalah merupakan refleksi pemikiran. Cara dan gaya penulisan dikatakan mencerminkan minda seseorang. Pemikiran adalah refleksi pengamatan (observation). Pengamatan pula berkait rapat dengan tahap pemikiran. Putaran ini memberi impak kepada tahap kematangan seseorang!
Saya sebenarnya sendiri tidak pasti akan kebenaran hipotesis atau andaian di atas. Sekadar membuat suatu hubungkait di antara elemen-elemen diri. Mungkin ahli psikologi atau ahli kemanusiaan boleh memberi input keatas andaian yang dangkal di atas.
Sekadar membuat pengamatan di laman social seperti FACEBOOK, TWITTER dsb yang sudah menjadi salah satu budaya masyarakat kini. Cuba anda amati cara dan gaya penulisan rakan-rakan anda. Apakah yang dibincangkan atau dicanangkan di laman-laman ini. Apakah bersahaja? Berjenaka? Serius? Bersosial? Melatah? Menaja unsur-unsur ilmiah? Unsur-unsur lucah? Melampiaskan stress? Cuba anda kaitkan mereka dengan status, usia serta kerjaya mereka. Dimana mereka?
Selepas itu cuba anda pula amati penulisan-penulisan yang dimuatkan di dalam akhbar-akhbar perdana. Saya kira setiap dari kita pasti membaca akhbar-akhbar ini sebab itu ia di panggil akhbar perdana dan apa yang anda baca akan memberi impak kepada pemikiran dan kematangan anda. Apakah isu-isu yang di ‘highlight’ oleh editor akhbar-akhbar ini? Politik partisan/non-partisan? Ekonomi tanahair/dunia? Sukan tanahair/dunia? Kriminal? Pendidikan? Hiburan? Apakah isu yang mendapat peratusan pembacaan tertinggi? Apakah halatuju akhbar-akhbar perdana ini? Komersial? Mendidik masyarakat? Melepas batuk di tangga? Hilang pedoman?
Cuba bayangkan kalau setiap hari anda disogokkan dengan berita kriminal/jenayah?
Sejarah membuktikan (hatta untuk tanahair kita sendiri!) akhbar-akhbar (penulisan!) memainkan peranan penting mencorak minda masyarakat … bukankah semangat nasionalisma dicerna melalui penulisan-penulisan….siapa yang banyak menyemarakkan semangat ini kalau bukan penulis. Siapakah Pendita Zaaba yang kita sanjung?
Pada masa kini cuba kita lihat diri kita dan sekeliling kita, apakah yang kita baca, tulis, bicara dan amati? Apa yang anda lihat pada diri anda? Jangan anda menafikan yang anda juga harus menjadi seorang pemikir kerana setiap yang anda lakukan seharusnya anda fikirkan terlebih dahulu. Itulah tahap kematangan anda!

Subscribe to:
Posts (Atom)