Tuesday, 4 November 2008

Kenapa perlu bersimpang dalam membawa Islam?

Persoalan ini sebenarnya satu persoalan nostalgia. Sudah hampir satu dekad meninggalkan bumi dingin ini dan kini kembali menghuninya untuk beberapa tahun lagi. Saya hanyalah manusia biasa yang inginkan Islam ini subur dimana-mana termasuklah bumi dingin ini. Kita yang berhijrah sementara kesini turut membawa harapan agar dapat membersihkan minda dan jiwa dari segala kekalutan sewaktu ditanahair. Bagi mereka yang terlampau disibuki dengan urusan pencarian sumber rezeki, mungkin disini keadaannya agak berbeza. Tumpuan dan sekitarannya mungkin agak berbeza. Jaringan teman mungkin juga berbeza ... jika diizin Allah, mungkin ada yang ditemukan dengan teman dan sahabat yang mendorong kepada kebaikan dan keinsafan.
Cuma saya masih lagi terganggu dengan persoalan diatas. Kenapa perlu kita yang mencintai Islam dan ingin terus menyuburkannya bersimpang? Kemana kita ingin membawa masyarakat sebenarnya? Islam yang lengkap? Islam yang indah? Islam yang sejahtera? Atau membawa masyarakat lebih kepada platform atau gerakan kita? Apakah yang lebih utama dalam rencana kerja dakwah kita?
Persoalan ini masih lagi bukan sekadar membayangi rakan-rakan pencinta Islam, bahkan ianya membeliti mereka secara tidak sedar atau mungkin sedar! Bila disuakan dengan persoalan ini, meruntun hati ini kerana nampaknya kita yang mendabik dada mengatakan sudah bergerak ke millenia baru dalam membawa Islam rupanya masih lagi bergelumang dengan isu-isu yang tidak membawa kepada kematangan dan kekadang ... menyuarakan hipokrit kita secara sunyi.
Sekiranya keikhlasan ingin menyuburkan Islam mengatasi segalanya .... berjalanlah dengan selari. Kenalkanlah Islam yang lengkap, indah dan sejahtera kepada rakan dan sahabat kita. Islam itu penyelesai keserabutan hidup ini. Jangan serabutkan minda dan jiwa masyarakat dengan unsur-unsur kepentingan diri atau ideologi sendiri. Suburkan jiwa dan minda masyarakat dengan Islam terlebih dahulu dan marilah kita bersepakat melayarinya .....