Wednesday, 17 November 2010

Pertunangan Prince William dan Kate Middleton

Semalam dan hari ini boleh dikatakan seluruh akhbar di UK ni menyiarkan berita pertunangan Putera William dengan orang kebanyakan atau 'commoner' Kate Middleton. Banyak-banyak berita kenapalah berita ni yang nak di kongsi disini...saya pun bukanlah orang 'raja'.... Semasa Charles-Diana kahwin, saya masih disekolah menengah, kemudian 'terpaksa' mengikuti perkembangan perkahwinan mereka yang sensasi sebab saya bermusafir di London dalam tahun 90an. Seterusnya berpeluang menyaksikan London yang disirami dengan kalungan bunga meratapi kematian mengejut Diana pada tahun 1997. Kini mungkin bakal menyaksikan (dalam TV je!) perkahwinan anak mereka, William...walaupun ceritanya tidak sehebat Charles-Diana.
Pasangan William dan Kate semasa di interview selepas pengumuman pertunangan mereka

Apa yang menarik untuk dikongsi?

Perkahwinan ini nanti menyaksikan keliberalan keluarga diraja Britain khasnya dan rakyat Britain sendiri untuk menerima orang kebanyakan sebagai bakal ratu. Putera William merupakan waris kedua selepas ayahandanya, Prince Charles, manakala Kate Middleton adalah orang kebanyakan 'middle-class'. Orang tuanya adalah staff penerbangan yang kemudiannya menjalankan perniagaan online sehingga kini. Kebobrokan perkahwinan Charles-Diana adalah mangsa polemik diraja Britain yang mahukan ratu mereka sekurang-kurangnya berdarah aristokrat. Diana adalah anak kepada Earl of Spencer, yang digelar 'Lady'. Saya masih ingat lagi bagaimana Charles telah di'pertemukan' dengan sekalian gadis baik dari kalangan aristokrat ataupun orang kebanyakan. Pelbagai telahan sehinggakan warna rambut yang menjadi pilihan Queen Elizabeth menjadi antara pengukur kepada gadis yang akan menjadi calon isteri Charles. Yang terakhirnya, Charles telah dipertemukan dengan Diana yang mempunyai package yang diperkenan oleh baginda Queen. Namun, perkahwinan mereka dilanda dengan episod-episod sensasi dan kemungkinan peristiwa tersebut telah melembutkan hati nenda Elizabeth untuk menerima gadis kebanyakan ini.  Nampaknya baginda Queen seperti tiada halangan...dia pun dah penat jadi Queen!

Pasangan ini  juga bakal memberi gambaran kepada keluarga diraja Britain yang lain bahawa 'perkufuan' adalah elemen penting dalam institusi suami-isteri. Masyarakat kini melihat sekufu lebih kepada intelektualisma pasangan mereka. Justeru keduanya mampu berbicara dalam nada dan bahasa yang sama. William dan Kate adalah graduan Universiti St Andrews di Scotland dan disini jugalah titik perkenalan mereka bermula. Seumpama apabila di tanya bertubi-tubi mengenai kemasukannya kedalam keluarga diraja dan dibandingkan dengan Diana, Kate yang menyifatkan sebagai 'daunting' dan 'will be doing at my stride'. Kenyataan ini disokong oleh Putera William yang menyifatkan 'nobody coud fill my mother's shoes'. Kesefahaman seumpama ini sangat perlu apatah lagi selepas ini Kate bakal di telusuri setiap pergerakannya oleh sekelian rakyat Britain. Jadi bahan beritalah dia ni!!!!  Ini sangat berbeza dengan Charles-Diana. Charles lulusan Cambridge, manakala Diana tidak mempunyai latarbelakang pendidikan tinggi yang setaraf dengan Charles...Charles dilihat sebagai dominant dan authoritative dalam pasangan ini...tapi mungkin ia menjadikan Diana seorang yang penyayang!


Cuma, mungkin pengumuman pertunangan ini kurang 'kick' apabila dibuat pada masa Britain dilanda krisis ekonomi yang parah. Bajet tahunan diraja telah dipotong sebanyak £3juta untuk tahun ini... kalau ini diambilkira, mungkin pesta perkahwinan mereka tidak sehebat orangtuanya, Charles-Diana yang telah mampu meraih 750juta penonton secara 'live' seluruh dunia. Itu pada tahun 1981 yang medianya hanya bergantung kepada TV dan seumpa dengannya!


Walaubagaimanapun, bagi kerajaan campuran Cameron-Clegg, berita ini sekurang-kurangnya dapat mengalih pandangan masyarakat seketika dari kemelut pentadbiran negara. Rata-rata stesyen penyiaran memberi tumpuan kepada pertunangan 'of the year' waris takhta ini. Dan yang pasti, perkahwinan ini juga bakal mencairkan business memorabilla souvenirs dan seumpama dengannya. Semalam umum bertunang.... hari ni dah keluar iklan souvenir tu.... hebat! hebat! Saya akan tunggu di CBS!

Walau apapun, kita ke'raja'an di Tanah Melayu lebih dulu menerima rakyat jelata sebagai 'royal consort'....Tuanku Bainun, Tuanku Siti Aishah, Tuanku Nur Zahirah... tiada apa yang kurangnya pada mereka.

No comments: