Wednesday, 12 January 2011

Subjek Tawarikh...Sejarah...History

Saya cukup allergy dengan subjek Sejarah masa sekolah dulu sebab seolah-seolah saya perlu menjadi mesin menghafal tarikh sahaja. Saya memang tak suka sebab saya tak suka menghafal!

Seingat saya, subjek Sejarah ini dikenali sebagai Ilmu Tawarikh masa saya di sekolah rendah dalam tahun 1970an. Rupanya perkataan Tawarikh berasal dari bahasa Arab yang bermakna Sejarah. Jadi Ilmu Tawarikh bermakna ilmu Sejarah yang bagi saya mempunyi maksud yang lebih luas dan mendalam! Nama subjek ni macam diperingkat universiti... sebab itulah rasanya kemudian ditukar kepada Sejarah! Seingat... saya mula belajar Ilmu Tawarikh semasa di Darjah Lima dan Enam. Walaubagaimanapun saya tidak ingat apa sebenarnya yang saya belajar ketika itu. Yang pasti ia banyak berkait dengan tarikh dan saya kena menghafal!


Kemudian saya diwajibkan sekali lagi belajar subjek Sejarah ini semasa di Tingkatan 1-3 untuk tujuan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Saya melalui mimpi ngeri bila saya gagal untuk subjek ini masa ujian bulanan pertama di sebuah sekolah berasrama penuh! Aduh! sebab saya tak hafal banyak tarikh! phew!!!

Selepas tu saya memang berazam menghafal tarikh-tarikh 'keramat' dan hasilnya saya dapat markah penuh untuk peperiksaan semester 1 dan maintained dalam top ten untuk subjek Sejarah untuk keseluruhan sekolah hampir dalam setiap kali peperiksaan. Okay jugak! Tapi memang saya tak berminat dengan subjek ini sebab saya tidak rasa ia memotivasi diri saya! Saya selalu ngantuk dalam kelas dan saya banyak belajar sendiri...rasanya sebab tu tidak dapat menghayati subjek ini. It was so dull and boring!

Tapi bila Kementerian Pendidikan mewajibkan supaya subjek Sejarah ini menjadi salah satu subjek wajib lulus, saya fikir itu satu keputusan yang tepat. Walaubagaimanapun dengan syarat subjek Sejarah ini melalui prose 'overhauling' supaya ia menjadi satu subjek yang boleh membentuk generasi masa depan yang yakin diri.... ada jatidiri!

Subjek ini bukan hanya dipenuhi dengan tarikh-tarikh keramat tetapi yang lebig penting adalah iktibar-iktibar yang tidak memihak sehingga boleh membakar semangat dan daya juang anak-anak muda. Umpamanya biarlah subjek Sejarah ini memberi maklumat sebenar tentang kelahiran Malaysia supaya masyarakat Malaysia pada masa depan tidak menjadi masyarakat yang hipokrit.

Juga...biar kita semua tahu kenapa adanya 3 kaum utama di tanahair. Kenapa perlu adanya hak-hak istimewa Melayu. Kenapa dan bagaimana Islam menjadi agama perlembagaan. Apa peranan kesultanan Melayu di Malaysia dan seterusnya dan seterusnya....sepertimana apa yang dikatakan oleh Tan Sri Muhyidin "Sejarah adalah sejarah. Mengapa kita harus takut dengan sejarah kita sendiri".

Biarlah ia direalisasikan sebagai subjek yang menyumbang kepada keutuhan dan perpaduan negara. Penyampaian subjek ini perlu diolah agar ia menjadi subjek yang hidup dihati pelajar-pelajar serta apa yang penting guru-guru. Jangan sekadar hanya melepaskan batuk di tangga... sekadar mengejar sillibus yang perlu diselesaikan! Subjek ini seharusnya dihidupkan dengan mengaitkan sejarah dengan kehidupan dan keadaan masa kini negara.


Wajib lulus subjek Sejarah bukan keputusan politik, kata Muhyiddin
November 02, 2010
KUALA LUMPUR, 2 Nov  — Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertahankan keputusan mewajibkan Sejarah sebagai subjek wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sambil menegaskan, langkah itu tidak bermotifkan politik.
Timbalan Perdana Menteri berkata demikian menjawab kritikan-kritikan DAP yang mendakwa “minat secara tiba-tiba” terhadap subjek Sejarah dilihat membawa penekanan selektif terhadap hak-hak dan peruntukan berkaitan orang Melayu dan kebimbangan di kalangan ramai bukan Melayu bahawa kandungan mata pelajaran itu akan  berakhir dengan elemen bias terhadap mereka.
Jangan terpengaruh dengan pihak-pihak yang mengatakan langkah ini sebagai inisiatif buruk, kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Forum Ekonomi Kedua, mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, di sini hari ini.
“Jangan bersikap prejudis. Kita mesti ada minda positif memandangkan yang (keputusan) ini dilakukan dengan tujuan baik demi anak-anak kita,” kata beliau.
Justeru, kata beliau, pakar-pakar sejarah termasuk kemungkinan wakil kaum Cina dan India akan dilantik, yang bakal menilai sukatan dan akan memperkenalkan kandungan yang lebih baik.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, sukatan subjek ini akan dikaji supaya ia membawa fokus tambahan berkaitan perlembagaan dan pembentukan Malaysia.

Britain juga mengambil langkah yang hampir sama dengan negara kita. di sebut bahawa kurang kefahaman sejarah negara boleh memberi impak yang kurang sihat keatas perkembangan negara. Gagasan Better History Britain telah membuat kajian tentang kelemahan sillibus Sejarah ini dan kesannya kepada pelajar.Pada hemat gagasan ini:

"Ultimately, we have a subject which is devalued in society. History is part of people's identity and if they discover parts of it that haven't been taught, they become angry. We have seen this with Black history."

Sejarah...adalah kenyataan hidup yang perlu di teladani untuk kebaikan masa hadapan!

No comments: