Hari pertama minggu ini, setelah kepenatan dengan urusan kelauarga di hujung minggu, melayari suratkhabar tanah air, dengan harapan dapat berita yang menyuntik semangat dan harapan. Setelah sekian lama di jamu dengan berita memualkan politik tanahair. Saban hari bergaduh kuasa, baik diantara parti pemerintah dengan pembangkang ataupun, sesama sendiri didalam parti. Memang susah mungkin menjadi ahli politik ni ... duduk diluar gelanggang yang sentiasa bergelora dan sekarang ini adakalanya sehingga ke tahap tsunami.
Minggu lepas dipadati dengan kekecohan Perak. Sebelum itu, Terengganu. P. Pinang pun tidak kurang hebatnya dengan kisah timbalan menteri besar. Selangor, Kedah, Kelantan kekadang tercuit jugak. Lain-lain, mungkin menunggu masa sahaja. Masing2 seolah sedang memmegang bom jangka saja. Ledakannya mungkin lebih serius dari selsema babi yang segang menggugat keselesaan dunia seluruhnya.
Cuba lihat perkembangan di Perak ni. Kerusi menteri besar tu yang sememangnya panas (mungkin dibuat dari perak!) menjadi lebih panaslah hari ini dengan keputusan mahkamah tinggi mengesahkan Dato' Nizar sebagai MB yg sah. Bayangkan baru minggu lepas MB (baru) bergelut dengan 'pembangkang' untuk memastikan Speaker lama turut dilucurkan jawatan, hati ini mahkamah tinggi memutuskan MB pakatan adlah tetap sah sebagai MB. Pening betul dibuatnya. Mari kita baca 2 keratan akhbar pergana , berita harian pada minggu lepas dan hari ini.
Berita I:
Kecoh di DUN Perak jejas imej negara
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan pembangkang yang mencetuskan kekecohan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kelmarin kerana ia jelas tidak menghormati undang-undang serta memburukkan imej Malaysia. Perdana Menteri berkata, kejadian itu amat memalukan negara kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat, bertindak untuk membelakangkan undang-undang. "Kalau kita tidak menghormati peraturan dan prinsip undang-undang, maka akan berlaku keadaan yang mirip undang-undang rimba dalam negara ini. Ini sudah tentu perkembangan yang tragik dan memalukan kita.
Kecoh di DUN Perak jejas imej negara
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak kesal dengan tindakan pembangkang yang mencetuskan kekecohan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, kelmarin kerana ia jelas tidak menghormati undang-undang serta memburukkan imej Malaysia. Perdana Menteri berkata, kejadian itu amat memalukan negara kerana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang dipilih oleh rakyat, bertindak untuk membelakangkan undang-undang. "Kalau kita tidak menghormati peraturan dan prinsip undang-undang, maka akan berlaku keadaan yang mirip undang-undang rimba dalam negara ini. Ini sudah tentu perkembangan yang tragik dan memalukan kita.
"Ia memalukan imej Malaysia sebagai negara mengamalkan demokrasi yang matang," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Pencapaian 10 tahun Muzium Kesenian Islam Malaysia, di sini, semalam. Najib mengulas kekecohan yang berlaku pada mesyuarat pertama DUN Perak kelmarin berikutan sikap bekas Speaker, V Sivakumar, enggan berganjak daripada kerusinya selepas dewan meluluskan usul memecatnya. Najib berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku kerana demokrasi di Malaysia diamalkan adalah dengan menghormati tatasusila dan prinsip berasaskan kepada peraturan dan undang-undang.
"Kalau kita tidak suka apa-apa pun, kita tak boleh menekan pendirian kita sehingga menafikan hak orang lain. Masing-masing ada hak, kerajaan ada hak, pembangkang ada hak. "Tujuan kita mewujudkan peraturan dan undang-undang ialah untuk menentukan bahawa sistem demokrasi di Malaysia ini berjalan dengan lancar dan dengan tertib," katanya. Perdana Menteri menafikan kekecohan itu berpunca daripada sikap Barisan Nasional (BN) yang tidak mengikut perlembagaan selepas tiga Adun pembangkang keluar parti menjadi Adun bebas dan menyokong BN. "Apa yang dimaksudkan dengan tidak berperlembagaan itu? Menukar parti perkara biasa dalam sistem demokrasi berparlimen dan ia pernah dilakukan Winston Churchill (bekas Perdana Menteri Britain) dan yang terbaru di Amerika Syarikat, senator Republikan bertukar menjadi Demokrat.
"Ia tidak salah dan bukannya tidak berperlembagaan atau tidak sah. Jangan lupa bahawa ada usaha untuk tubuhkan kerajaan pada 16 September lalu dengan menggunakan prinsip dan kaedah yang sama iaitu cuba memujuk 31 ahli Parlimen BN menukar parti. "Apakah itu bukan perbuatan yang boleh menimbulkan pertikaian. Jadi kalau kita anggap perkara itu boleh dilakukan, kenapa tidak tiga Adun yang menyokong BN," katanya. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata kelakuan yang ditunjukkan Adun dari Pakatan Rakyat ketika sidang DUN kelmarin jelas menunjukkan mereka tidak menghormati Institusi Raja dan demokrasi di negara ini. Beliau berkata, kelakuan mereka itu bukan budaya rakyat Malaysia dan bimbang ia ia akan menjadi 'trend' pembangkang selepas ini. "Ini bukan pertama kali pembangkang membuat kecoh di Perak tetapi kejadian kelmarin itu adalah yang terburuk. Kelakuan mereka itu jelas tidak menghormati Pemangku Raja Perak (Raja Dr Nazrin Shah) yang terpaksa menunggu lebih lima jam," katanya. Beliau berkata, sebagai Adun yang dilantik rakyat, mereka perlu mengawal emosi dalam apa juga keadaan sambil menegaskan tindakan polis membawa keluar Sivakumar dari dewan, adalah atas arahan Bentara DUN berikutan kekecohan yang tidak lagi dapat dikawal.
Berita II:
Mahkamah putuskan MB Perak (Nizar) sah hari ini
Perundangan selesai kemelut berpanjangan sejak 3 bulan KUALA LUMPUR: Persoalan siapakah Menteri Besar Perak yang sah antara Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan diputuskan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. Keputusan itu akan dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Abdul Aziz Abd Rahim pada jam 2.30 petang ini, berikutan semakan kehakiman dikemukakan Mohammad Nizar bagi mendapat perisytiharan mahkamah beliau masih Menteri Besar Perak sah. Ia adalah keputusan amat dinanti-nantikan seluruh rakyat negara ini bagi mengakhiri kemelut politik negeri Perak yang berlarutan sejak tiga bulan lalu.
Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan di Mahkamah Rayuan. Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.
Bagaimanapun, keputusan itu masih belum muktamad kerana pihak yang kalah boleh mengemukakan rayuan terhadap keputusan di Mahkamah Rayuan. Mohammad Nizar memfailkan semakan kehakiman itu pada 13 Februari lalu, memohon perintah injunksi bagi menghalang Zambry, yang dilantik Menteri Besar pada 6 Februari lalu, atau ejennya daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. Mohammad Nizar juga memohon perintah supaya Zambry memberikan tunjuk sebab bagaimana dan mengikut dasar atau kuasa apa beliau berhak memegang jawatan itu.
Beliau turut memohon perisytiharan mahkamah, Zambry bukanlah Menteri Besar Perak dan tidak berhak menjawat jawatan itu. Selain itu, Mohammad Nizar juga memohon mendapatkan takrif mengenai Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak (UTKP) sama ada jawatan Menteri Besar boleh dikosongkan jika:
· Menteri Besar sudah memberi nasihat kepada Sultan supaya membubarkan DUN.
· Tidak berlaku pembubaran DUN.
· Tidak ada undi tidak percaya terhadapnya di persidangan DUN, dan
· Tidak berlaku peletakan jawatan oleh beliau.
Pada 6 Februari lalu, Zambry mengambil alih pucuk pimpinan negeri Perak selepas Barisan Nasional (BN) mendapat sokongan 31 Adun berbanding 28 Adun bagi PR. Sokongan kepada BN bertambah selepas Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang), Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang) keluar parti masing-masing untuk menjadi Adun Bebas serta menyokong BN. Sepanjang prosiding empat hari bermula 4 Mei lalu, Mohammad Nizar memberitahu mahkamah beliau tidak memohon Sultan Perak membubarkan DUN atas alasan beliau sudah kehilangan kepercayaan majoriti Adun. Beliau menafikan kehilangan kepercayaan majoriti sebagai Menteri Besar oleh Adun ketika pertemuannya dengan Sultan Azlan Shah bagi berbincang berhubung krisis politik Perak pada jam 5 petang, 4 Februari lalu. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang bertindak sebagai pencelah dalam semakan kehakiman itu, berhujah Sultan tidak memecat Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau tersingkir daripada jawatan itu mengikut Perkara 16(6) UTKP apabila beliau kehilangan kepercayaan majoriti Adun Perak. Sehubungan itu, beliau berhujah Sultan mematuhi Perlembagaan Perak dan sudah menimbang dengan teliti semua fakta serta perkembangan sebelum membuat perisytiharan BN mempunyai majoriti dalam DUN Perak pada 5 Februari lalu. Peguam Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah pula berhujah pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak tidak dibuat mengikut perlembagaan.
No comments:
Post a Comment