Wednesday 19 May 2010

Yang anda tulis adalah anda!

Salam kembali…lama sungguh blog ini menagih input…tertangguh dan tertanguh dari sehari ke sehari. Bukan tiada isu yang boleh di bicarakan di dalam blog ini. Sememangnya banyak...tetapi untuk memilih serta mencerna dan seterusnya menampilkannya di sini bukanlah mudah.

Sebenarnya penulisan blog yang positif boleh membawa kepada penajaman pemikiran kerana sesuatu penulisan adalah merupakan refleksi pemikiran. Cara dan gaya penulisan dikatakan mencerminkan minda seseorang. Pemikiran adalah refleksi pengamatan (observation). Pengamatan pula berkait rapat dengan tahap pemikiran. Putaran ini memberi impak kepada tahap kematangan seseorang!

Saya sebenarnya sendiri tidak pasti akan kebenaran hipotesis atau andaian di atas. Sekadar membuat suatu hubungkait di antara elemen-elemen diri. Mungkin ahli psikologi atau ahli kemanusiaan boleh memberi input keatas andaian yang dangkal di atas.

Sekadar membuat pengamatan di laman social seperti FACEBOOK, TWITTER dsb yang sudah menjadi salah satu budaya masyarakat kini. Cuba anda amati cara dan gaya penulisan rakan-rakan anda. Apakah yang dibincangkan atau dicanangkan di laman-laman ini. Apakah bersahaja? Berjenaka? Serius? Bersosial? Melatah? Menaja unsur-unsur ilmiah? Unsur-unsur lucah? Melampiaskan stress? Cuba anda kaitkan mereka dengan status, usia serta kerjaya mereka. Dimana mereka?

Selepas itu cuba anda pula amati penulisan-penulisan yang dimuatkan di dalam akhbar-akhbar perdana. Saya kira setiap dari kita pasti membaca akhbar-akhbar ini sebab itu ia di panggil akhbar perdana dan apa yang anda baca akan memberi impak kepada pemikiran dan kematangan anda. Apakah isu-isu yang di ‘highlight’ oleh editor akhbar-akhbar ini? Politik partisan/non-partisan? Ekonomi tanahair/dunia? Sukan tanahair/dunia? Kriminal? Pendidikan? Hiburan? Apakah isu yang mendapat peratusan pembacaan tertinggi? Apakah halatuju akhbar-akhbar perdana ini? Komersial? Mendidik masyarakat? Melepas batuk di tangga? Hilang pedoman?

Cuba bayangkan kalau setiap hari anda disogokkan dengan berita kriminal/jenayah?

Sejarah membuktikan (hatta untuk tanahair kita sendiri!) akhbar-akhbar (penulisan!) memainkan peranan penting mencorak minda masyarakat … bukankah semangat nasionalisma dicerna melalui penulisan-penulisan….siapa yang banyak menyemarakkan semangat ini kalau bukan penulis. Siapakah Pendita Zaaba yang kita sanjung?

Pada masa kini cuba kita lihat diri kita dan sekeliling kita, apakah yang kita baca, tulis, bicara dan amati? Apa yang anda lihat pada diri anda? Jangan anda menafikan yang anda juga harus menjadi seorang pemikir kerana setiap yang anda lakukan seharusnya anda fikirkan terlebih dahulu. Itulah tahap kematangan anda!

No comments: