Rasanya belum terlambat kalau saya berbicara mengenai sambutan tahun baru. Bagi umat Islam, kita juga baru di ambang tahun baru dan masyarakat lainnya masih mabuk dengan tahun baru 2011.
Setiap tahun baru bermula, banyaklah ucapan-ucapan yang diberi. Bukan sekadar ucapan dari orang awam tetapi tidak ketinggalan ketua-ketua kerajaan. kalau di Britain, Ratu Elizabeth sebagai ketua negara memang dalam agenda tahunannya akan membuat ucapan tahun baru (New Year Message) selang beberapa hari selepas ucapan selamat hari Natal (Krismas). maka akan di gariskan aspirasi-aspirasi serta harapan-harapan beliau sebagai ketua negara yang non-partisan. Berapa ramai agaknya rakyat yang benar-benar menyelami harapan beliau?
Sedari dulu saya memang tidak teruja dengan memberi ucapan-ucapan sebegini kepada teman-teman, baik rapat atau tidak. Mungkin saya di lihat tidak seiring dengan pembangunan moden yang dipenuhi dengan 'wishes' dalam apa jua upacara. Saya tidak nampak apa relevannya memberi ucapan yang sekadar manis di mulut sahaja tetapi tidak mendalami aspirasi disebalik permulaan sesuatu tahun baru. Sekadar ucapan dan gembira dengan kedatangan tahun baru! Justeru, melalui pengamatan yang sedikit, generasi yang tidak memahami ini akan hanya menyambutnya dengan ucapan dan disusuli denga pesta-pesta sosial dan maksiat.
Ini bukan sahaja berlaku dibarat yang dikatakan telah bobrok budaya kemanusiaannya. Negara-negara Islam turut menyanjung kedatangan tahun baru sepertimana negara-negara yang tidak berpaksikan kepada Iman dan gagasan Islam. Kedatangan sesuatu tahun baru hanya di penuhi dengan perhimpunan-perhimpunan sosial yang kebanyakkannya di sulami dengan aktiviti maksiat dan tidak bermoral.
Pemberian cuti umum oleh sesebuah negera atas kehadiran tahun baru tidak memberi apa-apa makna langsung secara makro... apa rasional pemberian cuti umum kalau hanya dipenuhi dengan aktiviti tidak bermoral. Kalau di tanahair, sudah menjadi budaya, maksiat akan berleluasa seolah-olah itulah resolusi hidup mereka untuk tahun baru! Seolah-olah itulah titik tolak hidup mereka!
Kalau dulu anak-anak muda yang terkinja-kinja di perhimpunan-perhimpunan ini, tapi sekarang generasi 'mak-bapak' turut serta! Yelah yang dulu anak muda sekarang dah jadi mak/bapak! Maka agensi agama pun menjadi sibuk membuat penangkapan keatas kesalahan yang sungguh menjelekan. Apakah ini budaya yang di harapkan dari permulaan tahun baru?
Bahkan pemberian cuti umum untuk tahun baru Muharram juga tidak nampak rasionalnya... Kalau sekadar satu dua upacara kebangsaan boleh sahaja dilangsaikan tanpa cuti umum. Bahkan saya fikir, tanpa cuti mungkin semangat kedatangan tahun baru baik awal muharram atau tahun baru gregorian akan lebih bermakna...dipenuhi dengan acara-acara yang memberi semangat, motivasi serta muhasabah di dalam organisasi ataupun masyarakat umum. Seumpama sambutan Hari Guru yang dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti santai disekolah yang mengakrabkan hubungan antara murid dan guru-guru mereka. Bukankah itu lebih bermakna?
Kedatangan tahun baru memberi makna bahawa usia segalanya makin pendek tetapi tugas dan tanggungjawag makin banyak dan berat untuk dilangsaikan. Muhasabah atas apa yang sudah dilewati untuk tahun yang sudah berlalu. Mencorak resolusi bagi melalui tahun yang bermula dengan semangat dan motivasi yang tinggi. Manis ucapan tidak memberi makna apa-apa... biar esok akan lebih baik dari semalam
No comments:
Post a Comment