Wednesday, 8 April 2009

Debar Kabinet Najib yang bakal diumumkan esok

Sudah seminggu Malaysia dipimpin oleh Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak Datuk Hussein. Beliau bukan orang baru dalam pentadbiran Malaysia mahupun arena politik tanahair. Penceburannya ke gelanggang politik bermula seusia beliau 26 tahun dengan mengekalkan kerusi Pekan (tak pasti DUN/P) ayahandanya, Tun abdul Razak. Ini bermaksud sudah hampir 3 dekad beliau berkecimpung dalam politik serta pentadbiran negeri dan negara. Memang beliau orang politik dan datang dari keluarga yang berpolitik (lihat salasilah namanya!) tetapi tidak pasti samada darah politiknya bakal ada penerusnya.
Walauapapun telahan rakan dan seteru politik, ahli pentadbiran negara atau rakyat, beliau memang mempunyai 'pengalaman' untuk mentadbir negara. Bagaimana dan apa bakal hasilnya? Pengamatan ini akan berdasarkan kepada perspektif dan dimensi minda masing-masing. Umpamanya, barat tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap perlantikan Najib sebagai PM. Ada media yang membuat kenyataan lesu (lebih kurang) "Malaysia: New PM but no new direction", walaupun ditanahair Najib sememangnya bersemangat sekali dengan janjinya untuk membuat kejutan atau reformasi dalam pentadbirannya. Tidak payahlah bercakap mengenai pembangkang .... tiada apa yang diharap dari beliau. Yang memberi harapan menggunung mungkin Tun Mahathir! (walaupun dilihat keluar masuk UMNO seperti keluar masuk kedai kopi!).
Secara peribadi saya memang turut berdebar menanti pengumuman yang dikatakan bakal 'mengejutkan'. Semasa pengunduran Tun Mahathir dulu spekulasi tidaklah sehebat ini! Mesti ada sebab musabab kenapa saya berperasaan begini! (walaupun saya hanya rakyat biasa yang jahil politik!). Mungkin saya hampir pasti Pak Lah pada ketika itu tidak akan melakukan kejutan besar. Siapa yang bakal di'tenggelamkan' dan siapa yang bakal di'timbulkan'? Secara adatnya, pemilihan UMNO yang baru ini menjadi pengukurnya, namun... dalam politik, apapun boleh berlaku! Umpama 6 boleh jadi 9! Adat mungkin sudah tidak relevan di dalam situasi ini.
Walauapapun, pentadbiran PM akan melalui banyak halangan. Halangan pertama sudah ditempoh dan nampaknya BN hanya mampu meraih satu dari tiga p/raya kecil. Rakyat menanti komentar PM tetapi pasrah dengan komentar calon timb. presiden yang kalah. Apapun hasilnya, itulah mandat rakyat yang sayangkan negara dan PM sewajarnya menghormati pilihan rakyat yang bijak. Pintar dan bijaknya rakyat sewajarnya menjadi kebanggaan negara kerana itulah antara teras Wawasan 2020. Rakyat semakin kritis terhadap permasalahan pentadbiran, ekonomi dan sosial negara. Ekonomi negara yang lemah, sistem sosial yang rapuh dan sistem pendidikan yang mengelirukan pastinya akan menjadi agenda pemikiran rakyat yang kehausan ketelusan dan integriti pemimpin.
Semakin kuat arus ditentang, semakin kuat dayung dikayuh.

1 comment:

Anak Pendang Sekeluarga said...

Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.” (Yusuf 12:108)”
Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq