Wednesday 1 April 2009

G20 Summit - UK berbelanja 10juta pound untuk keselamatan



10juta pound bukan sikit tapi itulah harga keselamatan G20 di London yang akan bermula secara rasminya esok - 2 April 2009. Jumlah ini juga dikatakan jumlah terbesar yang pernah dibelanjakan oleh Britain (unprecendented amount) untuk program seumpama ini. Kalau saya sebagai penduduk Britain, tentu sekali saya marah ... dalam kegawatan yang dahsyat ini ... wang rakyat digunakan sebegitu rupa. Keselamatan pemimpin 'negara kaya' yang telah miskin menjadi isu utama. Sepatutnya kalau mereka mahu selamat, bawalah sendiri anggota keselamatan masing-masing! Tapi Brown kata tak manis begitu, orang datang bertamu ditempat kita, kenalah kita yang menjaganya. Umpama orang dah biasa senang, kenalah juga tunjuk kesenangan walaupun anak-anak didapur sekadar menjilat jari!
G20 kali ini pun dikatakan yang paling 'hangat' sekali berbanding sebelum ini. Kebejatan ekonomi dunia dan pemanasan global akan menjadi agenda utama mereka. Brown juga turut mengambil kesempatan menyeru 'kengkawannya' untuk bersatu menangani dua isu besar ini. Dua isu ini juga yang telah menggugah para pendemonstrasi di Eropah ini. Entah-entah mereka ini sekadar ingin melawat-lawat kota London yang telah kekeringan wang. Serta makan-makan dengan Queen Eli yang sudah disanggah usia. Dan mungkin menjenguk iron lady yang hampir nyanyuk, Maggie Tatcher!
Justeru, ada kalangan yang berjanji untuk berdemonstrasi secara aman tapi tidak ketinggalan juga yang memberi isyarat untuk melakukan keganasan semasa demonstrasi. Ekoran dari inilah seramai 5000 anggota keselamatan telah dikerah mengawasi kotaraya London. Ada premis yang tidak beroperasi untuk tempoh ini dan pekerja-pekerja dinasihatkan untuk tidak datang kepejabat. Rasanya tidak ubah seperti di Malaysia dizaman reformasi dahulu!

Tapi tidak kurang juga kesangsian orang awam serta ahli politik terhadap integriti anggota keselamatan dan media yang sengaja menggembar-gemburkan isu ini. Lihat ini:

Four Liberal Democrats – Baroness Williams of Crosby, Simon Hughes, Chris Huhne and David Howarth – will act as legal observers at the climate camp to prevent violence initiated by police, rather than protesters.
Mr Howarth, the MP for Cambridge, said that police and media were guilty of “talking up the violence”, adding: “The danger is that they are putting off peaceful protesters, and attracting the wrong sort.” (The Times, 1 April 2009)

Tidak banyak rupanya beza operasi polis mereka ini! Agaknya inilah yang menjadi antara syllibus kepolisian! Secara umumnya mereka tak serupa tapi sama operasinya. Cuma kekadang mereka ini lebih bijak operasinya berbanding ditempat kita.




No comments: