Agak sedikit sibuk sejak akhir-akhir ini sehingga lewat sekali menitis minda mengenai kabinet baru Malaysia … kini kabinet yang dibentuk Perdana Menteri sudah hampir sebulan bertakhta. Sang Perdana Menteri pun sudah menziarahi jiran tetangga, Indonesia, bersama-sama pak-pak menterinya … seronok sekali bersantapan dengan Bapak Presiden dan Timbalannya…
Apa yang menariknya dengan kabinet baru Najib ini? Tiada yang menarik selain ungkapan Najib “Kabinet Rakyat”. Bagi saya ungkapan itu amat besar ertinya …paling tidak pun, setiap anggotanya mesti mempunyai iltizam untuk bekerja setulusnya untuk rakyat yang memilih mereka.
Namun, cuba difikir sedikit kabinet baru ini:
i. Satu Kementerian (Kementerian Pembangunan Usahawan) yang dianggap penting untuk memajukan negara telah ditutup. Kementerian ini mempunyai fungsi yang besar dalam menyuntik dana dan semangat kepada usahawan yang baru untuk menapak dibumi sendiri. Kementerian cuba mengeluarkan orang Melayu dari stigma karat ‘berniaga’ kepada ‘usahawan’ yang lebih dinamik dan maju ke depan. Sekarang satu agensi penting dibawah kementerian ini, MARA, akan diserap ke Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. MARA mengubah pelan tindakan dengan membuat pembelian ruang kedai di bandar-bandar sebagai langkah membolosi pasaran bandar dan sekaligus memberi ruang kepada usahawan kita. Memanglah kalau mahu dinilai prestasi MARA dalam membangun orang Melayu sejak RIDA dulu memanglah banyak … tetapi sesungguhnya banyak pelaburan yang telah dilaksanakan oleh MARA sehingga MARA seringkali dikaitkan dengan masalah kewangan. Saya menunggu rasional yang mahu diberikan oleh kerajaan, tetapi sehingga kini masih belum diwar-warkan lagi. Paling tidak, untuk apa bangunan MECD yang tersergam indah di Putrajaya itu?
ii. Anggota kabinet yang bertukar-tukar. Dari pemerhatian politik, mungkin tindakan ini suatu yang positif … tetapi bagi ahli pentadbiran, ianya tidak begitu menguntungkan. Pertukaran menteri bagi pegawai kerajaan bermaksud pertukaran polisi dan fokus! Menteri baru punya pelan tindakan baru yang boleh dinilai dari pelbagai sudut, ada yang positif dan sebaliknya. Halatuju yang berubah-ubah akan lebih mengelirukan tahap implementasi apatah lagi evaluasi polisi, yang akhirnya tidak memberi kesan positif kepda kumpulan sasar, rakyat secara amnya. Polisi pendidikan negara umpamanya yang berubah-ubah dalam tempoh 10 tahun memberi kekeliruan kepada pelajar dan juga pendidik. Dan adakah wajar kita meletakkan tanggapan negatif terhadap prestasi umum pelajar. Bayangkan dalam masa enam tahun, mereka perlu menjadi ‘dictionary’ kepada sains dan matematik … automatic reversion from English to malay …jgn2 malay to English semula. Dan negara membayangkan generasi ini akan pintar! Berapa banyak masa mereka dihabiskan untuk proses translasi dwibahasa … belum ditambah dengan subjek berkenaan lagi!
iii. Siapa menterinya? Baru? Lama? Senator? Ahli MT? Yang kalah? Yang menang? Dalam hal ini, kabinet baru ini merangkumi semua! KJ vs Mukhriz, menarik untuk diulas…tetapi tidak berminat dilontarkan disini kerana permainan politik ini memang memeningkan dan pelik tapi itulah yang berlaku. Tapi, PM perlu ingat pandangan beliau mengenai isu ini tidak dapat menyanggah apa yang sudah bertakhta di minda rakyat. Cuma yang diharap oleh rakyat …kabinet ini benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat … ingatlah peluh rakyat yang menitis saban detik untuk keenakan dan keempukan hidup kalian di Putrajaya! Turunlah …jengahlah mereka yang tidak tentu arah kehidupannya, ditambah dengan gelombang ekonomi yang parah kini.
Dapur Bonda perlu ditutup sementara …penat sungguh berbicara sampai menumbuk sambal belacan dirantau orang. Tidak lupa sambal belacan menu hidangan, namun minda ini tetap maju kedepan. Insya Allah … cintaku untuk tanahair tetap utuh!

No comments:
Post a Comment